Sunday 28 July 2013

Mesin di Maybank Cawangan Dungun Sentiasa Rosak



Tak tahu apa dah nak jadi, mesin ATM di Maybank Cawangan Dungun sentiasa rosak. Sudahlah mesin cash satu sahaja. Tolonglah ambil perhatian orang yang bertanggungjawab. 
 

Pelajar ‘Cair’ Terima SMS Akhirnya Diperkosa Buruh

Seorang buruh kasar menggunakan ayat-ayat manis dikirim yang melalui SMS untuk memperdaya seorang pelajar perempuan sebelum menculik dan memperkosanya.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, suspek menghantar SMS kononnya mahu menghantar mangsa ke sekolah di Tanjung Tualang, sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam keretanya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa yang berusia 16 tahun didakwa menerima SMS daripada suspek yang menawarkan diri untuk menghantarnya ke sekolah bersama seorang lagi rakan sekolah mangsa, tetapi apabila sampai di tempat dijanjikan, mangsa curiga apabila mendapati rakannya tiada.