Saturday 23 February 2013

UMNO Terengganu seleweng Tanah TOL Felda pemberian PAS

Bukan seorang atau dua orang yang tertipu, jumlahnya 1,080 peserta tanah rancangan Felda telah ditipu oleh kerajaan UMNO BN selepas mengambil alih kerajaan daripada PAS. Semasa PAS memerintah satu usaha telah dilakukan untuk memastikan peneroka memiliki tanah sendiri.

Geran TOL untuk peserta RTB Kawasan Beril, Mukim Kuala Paka dimana temuduga untuk peserta RTB berkenaan diadakan di Pejabat ADUN Paka, pada 1 Julai 2002.


Saturday 16 February 2013

PGU 7.0 Hebat dan Menarik Tapi.....


Pentas Ceramah antara yang menarik jika dibandingkan ketujuh-tujuh PGU sebelum ini. Kehadiran pun hampir sama dengan PGU sebelum ini. Mungkin PGU 6.0 di Paka paling ramai yang hadir. Tapi faktor hujan lebat mungkin menyebabkan ada sedikit kekurangan kehadiran. Tapi secara keseluruhannya amat hebat dan menarik.