Sunday 27 November 2011

UMNO Terengganu sanggup bayar RM100 seorang untuk undi olok-olok


UMNO Terengganu dalam usaha mengekalkan Terengganu kepada BN selepas melihat PAS Terengganu yang kian gigih melaksankan program dalamnya telah mengadakan pilihan raya olok-olok atau dikenali juga plihan raya simulasi.


Monday 1 August 2011

Blacklist Bersih 2.0 edar air zam zam dan kurma


Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Ustaz Azman Shapawi adalah dua orang tokoh yang tidak dikehendali berada di KL pada 9 Julai 2011 baru-baru ini. Entah kenapa polis marah sangat dua tokoh ini. Pengedar dadah ke mereka ini?

Friday 8 July 2011

Derma untuk Pusat Kebajikan?

Gambar di atas di ambil pada pukul 5.30 petang Jumaat 8 Julai 2011.
Album gambar kanak-kanak Pusat Kebajikan dikepit bersama
.

Konsep kutip derma dari rumah ke rumah telah kian lama berlaku. Zaman dahulu orang yang datang ke rumah selalunya mereka yang benar-benar berhajat tapi sekarang dunia penipuan yang kian bercambah, kepercayaan kepada mereka yang datang ini makin pudar.

Sunday 3 July 2011

Pra-BERSIH 2.0 di Dungun


Pemuda Dungun membuat Pra-Bersih 2.0. Ini membuatkan polis pening kepala. Kesian penduduk yang tinggal di Rajawali nak ke sana pun kena soal siat oleh pihak polis.

Friday 1 July 2011

Ceramah PAS di Balai Polis Dungun?


Kecoh malam semalam orang ramai di Balai Polis Dungun. Aku pun ke sana. Weh macam ceramah berpusu-pusu terutama geng bermotorsikal masuk ke kawasan Balai sehingga aku tak boleh rapat di sana.

Monday 27 June 2011

Pecah rumah berluasa di Dungun


Ini adalah kasut yang digunakan oleh tukang pecah rumah. Dua orang dan seorangnya tinggi rampai seorangnya. Saya tak pasti kasut ini pun dia kebas juga.

Monday 13 June 2011

MB Terengganu punya pasal, 2 hari kebuluran

Roti naik harga 10 sen untuk setiap jenis
Dua hari aku terpaksa makan roti dengan air minuman sahaja. Ini semua kerana Dato' Mat Said punya pasal. Terengganu dah menang piala F.A. tak juga diistiharkan cuti peristiwa. Kalau tak nak istihar cuti, pasal nak bagi rakyat Terengganu macam aku rajin bekerja. Maklumlah awal-awal. Jangan buat orang tertanya-tanya.

Tokel kedai makan cakap, sorry kita orang tak berani masak banyak-bayak nanti, cuti siapa mahu makan?

Friday 10 June 2011

Kenapa pisang sahaja?

Lama benar tak makan pisang di masjid. Di kampung aku budaya ini tidak ada. Kalau selepas jumaat ada makanan itu bermakna ada nak minta derma tabung pilihan raya atau apa-apa tabung.
Jumaat di Masjid Assyakirin Gombak KL

Tuesday 7 June 2011

Basah kuyup demi menjalankan tanggungjawab

Saya ke Taman Melewar pada hari akhir sebelum saya pulang, hujan lebat telah membasahi Taman Melwar dan Greenwood. Gambar ini sempat saya rakam bagi menunjukkan bertanpa komitnya Jabatan Amal dalam menjalankan tugas. Syabas dan tahniah!

Monday 6 June 2011

Beza tulisan jawi PAS dan tulisan jawi UMNO

Semenjak UMNO mengambil alih semula kerajaan di Terengganu, banyak usaha-usaha agama (Islam) telah dilakukan bagi menandingi hati rakyat.

Ini papan tanda zaman PAS



Thursday 26 May 2011

Makanan Makin Mahal di Terengganu?

Selalu makan di kedai Pak Awi Selera Asli, Kuala Terengganu. Sebelum ini harganya biasa aje. Tapi sekarang boleh dikatakan agak mahal. Tak pasti kenapa membuatkan saya macam tak nak lagi ke kedai makan ini.


Beberapa hari lepas Dato' Hj Rosol Wahid ADUN UMNO Ajil, Hulu Terengganu ada menulis dalam blognya tentang harga makanan yang mahal berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Tergelak, dan macam meludah pada diri sendiri sahaja tulisan berkenaan.

Paling lucu bila Dato' Rosol membuat cadangan dalam tulisannya untuk mengatasi masalah ini  dengan pasar borong pertanian di daerahnya. Mentaliti pemimpin UMNO kadang kala tak boleh pakai sangat, sekadar isi perut bolehlah!

Pegawai Pencegah Maksiat Dah Tak Ada Ke?

Artikel saya pasal Couple yang menjadi-jadi di Pantai Teluk Lipat, Dungun yang bertajuk Anak Siapa Ini juga dipertikaikan oleh beberapa orang pembaca. Hairan juga ada juga seolah-olah membela maksiat yang berlaku.

Aduan telah dibuat tentang perkara ini, hanya tindakan nampak macam lambat aje. InsyaAllah untuk lain kali saya akan sertakan nama mereka yang menerima aduan di dalam blog ini. Ya kita telus dan kita lihat siapa sebenarnya yang 'semacam menyokong maksiat'.
Ini gambar terbaru yang saya ambil 22 Mei lalu.



Wednesday 25 May 2011

Pembinaan Masjid Di Waktu Gaji?

Tulisan lalu saya berkaitkan ada pengemis yang merepat sebelah kedai ADUN UMNO, ramai yang marah kononnya itu adalah cerita-cerita kosong. Gambar tak menipu, walaupun gambar boleh dimanipulasi.

Prihatin tentang rakyat bagi YB, terutama yang UMNO hampir zero. Mereka lebih kepada kroni dan kekayaan dalam istilah mudah dibahasakan "isi perut sahaja"

Hari ini, saya ambil lagi gambar ditempat yang sama. Pengemis sudah tidak ada, tapi Derma Tabung Masjid pula!!

Situasi ini menganggu keselesaan kita,
macam rasa bersalah kalau tak derma!


Friday 20 May 2011

Pengemis, Penjual, Merempat?

Mengemis meminta pertolongan satu yang aib dalam masyarakat Islam kerana sistem kemasyarakatan Islam dibina untuk menghapus unsur-unsur ini. Dulu hamba abadi wujud, Islam tidak perlu Lincon yang menyebabkan perang saudara di AS untuk menghapuskannya. Islam membenarkan tapi akhirnya hamba boleh dihapuskan dalam sistem masyarakat Islam.

Begitu juga masyarakat yang miskin dan papa boleh dihapuskan jika benar-benar mengikut ajaran Islam. Tapi kalau ajaran Islam tidak dijadikan tunggak, sekadar mainan oleh penganut politik UMNO, Islam dihina dan masyarakat Islam pincang.


Monday 16 May 2011

Menyelongkar Rumah Mona Fendy di Kuala Lumpur

Tahun 1994, 18 tahun lalu Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah binti Ismail yang berasal daripada Perlis telah dijatuhkan hukuman gantung atas tuduhan membunuh Adun Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.

Mona juga adalah seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan UMNO.

Banyak harta yang dia ini tipu dan salah satunya ialah sebuah Banglo di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


Bestari.comm dah jadi kandang kambing?


Bestari.Comm ditubuhkan kononnya untuk merealisasikan matlamat Kerajaan Negeri agar rakyatnya menjadi masyarakat yang berpengetahuan selaras dengan prinsip Islam Hadhari Terengganu Bestari. Dengan slogan Terangganu Depan kononnya negeri Terengganu akan maju kehadepan dalam hal-hal ICT.

Selain itu, penubuhan Bestari.Comm juga dikatakan untuk mengarap aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.


Bumper atau bonggol jalan


Dungun, dulu pekan sahaja tapi sekarang di istihar sebagai Majlis Perbandaran dengan kos merasmikannya hampir 3 juta. Ini semua kerja-kerja ahli politik.

Dalam hal politik semua boleh jadi, asalkan ada kemahuan dan keegoaan. Kepentingan sejagat bukan menjadi ukuran.

Sunday 15 May 2011

Anak siapa ini?

Di Pantai Teluk Lipat Dungun, Jumaat 13 Mei 2011 jam 6.30 petang aku meronda-ronda pantai sekadar melihat keindahan alam ciptaan Illahi. Tapi telah tercemar dengan pemandangan yang tak sedap dilihat. Anak siapa ini?



Lensa untuk handphone berkamera

Jika anda mempunyai handphone kamera tapi tak cukup baik (canggih) untuk mengambil gambar jarak jauh, nah ambil ini lensa untuk handphone kamera anda. Tetapi Lensa yang mampunyai 6x fokus ini hanya boleh dipakai pada handphone nokia 6230 dan 6680.


Tips memilih handphone berkamera

Gambar Hiasan sahaja

Dalam memilih handphone berkamera, kebanyakan orang akan membuat rumusan mudah bahwa kamera yang baik dan menghasilkan foto berkualiti adalah kamera handphone dengan jumlah megapixel yang besar (misalnya 5 – 10 megapixel)

Sebenarnya bukan fakta angka megapixel pada kamera mempengaruhi kualiti sesuatu gambar, tapi banyk lagi faktor lain.