Wednesday, 9 May 2018
Kelewatan undi pos: Bos SPR janjikan siasatan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah hari ini memohon maaf kepada pengundi yang menerima undi pos mereka lewat atau tidak sampai.
Perkara itu, katanya, akan disiasat.
“SPR menerima aduan bahawa ada pengundi pos yang tidak menerima kertas undi serta beberapa isu lain yang berbangkit.
“SPR memandang serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.
Beberapa rakyat Malaysia di luar negara mengadu bahawa kertas undi pos mereka diterima agak lewat.
Malah BERSIH London turut menganjurkan satu protes di luar premis Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia berhampiran Dataran Trafalgar, dengan kira-kira 30 orang membantah kelewatan kertas undi pos berkenaan.
Bekas wartawan Malaysiakini, Aidila Razak juga menulis mengenai kelewatan kertas undi yang diterima semalam dan terpakasa bergantung kepada seorang individu yang baik hati untuk membawanya pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Heathrow dengan harapan sempat sampai di KLIA petang ini.
Sila lawat laman saya
http://lensahandphone.blogspot.com
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment