Friday 20 May 2011

Pengemis, Penjual, Merempat?

Mengemis meminta pertolongan satu yang aib dalam masyarakat Islam kerana sistem kemasyarakatan Islam dibina untuk menghapus unsur-unsur ini. Dulu hamba abadi wujud, Islam tidak perlu Lincon yang menyebabkan perang saudara di AS untuk menghapuskannya. Islam membenarkan tapi akhirnya hamba boleh dihapuskan dalam sistem masyarakat Islam.

Begitu juga masyarakat yang miskin dan papa boleh dihapuskan jika benar-benar mengikut ajaran Islam. Tapi kalau ajaran Islam tidak dijadikan tunggak, sekadar mainan oleh penganut politik UMNO, Islam dihina dan masyarakat Islam pincang.


Gambar di atas ini saya ambil di hadapan Bank Islam, Dungun. Seorang budak perempuan comot mengemis dengan menjual kuih. Sebelah kanan pula seorang wanita dengan dua orang anak menjual ubat.

Mereka mencari sesuap rezeki, tempat yang menghina diri.

Tak jauh daripada bangunan ini ada Pejabat ADUN UMNO Rantau Abang. Dato' Za'aba. Dato' Za'aba sukar ditemui. Kalau tunggu di rumahnya pun sukar kerana selalu saya dijawab di berada di luar kawasan termasuk luar Negera.


 Belakang sahaja bangunan ini, kedai milik ADUN UMNO PAKA, Zakaria untuk isteri yang kedua, yang memang di bina di atas tanah sebahagiannya bukan milik Adun berkenaan. Jalan kaki tak sampai satu minit.

Ini juga ADUN yang susah nak jumpa maybe kerana ada dua isteri. Takkan ADUN tak nampak apa yang saya tulis ini. Ini bukan kejadian hari ini.

Apa yang UMNO buat. Apa pemimpin UMNO bertindak?
Sekadar menambahkan isi perut dan harta kekayaan sahaja. Anda boleh lihat sendiri. Itulah mentaliti pimpinan dan penyokong UMNO!!

No comments:

Post a Comment