Wednesday 9 May 2018

Azhar Idrus yakin Teganu tukar kerajaan negeri


Penceramah terkenal, Azhar Idrus menyatakan keyakinannya bahawa akan berlaku perubahan pada pentadbiran kerajaan negeri Terengganu sebaik sahaja keputusan penuh pilihan raya umum (PRU) ke-14 diumumkan malam nanti.

“Saya rasa akan berlaku perubahan (pada PRU kali ini), insya-Allah dan perubahan itu sememangnya kita harapkan,” katanya.
Penceramah bertaraf selebriti yang popular dengan pendekatan jenaka dalam kuliah agamanya itu juga berkata PRU kali ini dilihat lebih teratur.

“Dan saya tengok keadaan keselamatan di sini yang terbaik kalau nak banding tahun-tahun lepas. Alhamdulillah, terbaik tahun ini,” katanya.

Azhar turut menyeru pengundi khususnya golongan muda untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab kepada negara.

“Bagi yang belum mengundi tu ingat petang ini (pusat pengundian) tutup jam 5 petang, jadi jam 4 petang paling akhir keluar rumah untuk tunaikan tanggungjawab.

“Raya ini lima tahun sekali, insya-Allah kita buat yang terbaik,” tambahnya.

Minggu lalu, Azhar membuat kemunculan dalam siri kempen PAS di Kuala Terengganu dan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap parti Islam itu.

Terdahulu kehadiran penceramah terkenal itu di Sekolah Kebangsaan Ladang Gemilang 1 mencuri tumpuan ramai khususnya pengundi muda.

Azhar yang juga merupakan pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang hadir ke sekolah terbabit bagi menunaikan tanggungjawabnya kepada negara.

Selain menjalankan tanggungjawab, kehadiran Azhar juga dikatakan dapat memberi semangat kepada orang ramai untuk mengundi.

Di kesempatan itu juga orang ramai yang hadir dilihat turut bergambar bersama beliau.


Sila lawat laman saya
http://lensahandphone.blogspot.com

1 comment:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete