Tuesday, 13 August 2013

Suami pukul Isteri depan anak-anak



Bila emosi tak bertepat ini jadinya. Si suami kalau isteri salah besar mana pun jangan buat malu pukul isteri tempat awam (termasuk dalam lift)

Difahamkan perkara ini telah diajukan kepada polis, macam ni teruk kena pukul....pi report, polis tak mahu terima sebab tak mendatangkan kecederaan fizikal yang kekal.


Sunday, 28 July 2013

Mesin di Maybank Cawangan Dungun Sentiasa Rosak



Tak tahu apa dah nak jadi, mesin ATM di Maybank Cawangan Dungun sentiasa rosak. Sudahlah mesin cash satu sahaja. Tolonglah ambil perhatian orang yang bertanggungjawab. 
 

Pelajar ‘Cair’ Terima SMS Akhirnya Diperkosa Buruh

Seorang buruh kasar menggunakan ayat-ayat manis dikirim yang melalui SMS untuk memperdaya seorang pelajar perempuan sebelum menculik dan memperkosanya.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, suspek menghantar SMS kononnya mahu menghantar mangsa ke sekolah di Tanjung Tualang, sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam keretanya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa yang berusia 16 tahun didakwa menerima SMS daripada suspek yang menawarkan diri untuk menghantarnya ke sekolah bersama seorang lagi rakan sekolah mangsa, tetapi apabila sampai di tempat dijanjikan, mangsa curiga apabila mendapati rakannya tiada.

Saturday, 23 February 2013

UMNO Terengganu seleweng Tanah TOL Felda pemberian PAS

Bukan seorang atau dua orang yang tertipu, jumlahnya 1,080 peserta tanah rancangan Felda telah ditipu oleh kerajaan UMNO BN selepas mengambil alih kerajaan daripada PAS. Semasa PAS memerintah satu usaha telah dilakukan untuk memastikan peneroka memiliki tanah sendiri.

Geran TOL untuk peserta RTB Kawasan Beril, Mukim Kuala Paka dimana temuduga untuk peserta RTB berkenaan diadakan di Pejabat ADUN Paka, pada 1 Julai 2002.


Saturday, 16 February 2013

PGU 7.0 Hebat dan Menarik Tapi.....


Pentas Ceramah antara yang menarik jika dibandingkan ketujuh-tujuh PGU sebelum ini. Kehadiran pun hampir sama dengan PGU sebelum ini. Mungkin PGU 6.0 di Paka paling ramai yang hadir. Tapi faktor hujan lebat mungkin menyebabkan ada sedikit kekurangan kehadiran. Tapi secara keseluruhannya amat hebat dan menarik.

Sunday, 13 January 2013

Gambar-gambar keluarga menarik di HKR 2013



Walaupun ada akta yang melarang tapi rakyat sudah tidak mahu peduli lagi. Mereka seronok dan berbangga boleh hadir sekeluarga untuk menyatakah bantahan dan sokongan MENUKAR KERJAAN PADA PRU-13 NANTI!!!

Friday, 21 December 2012

DAP vs UMNO

DAP sekarang ini menjadi sasaran utama UMNO. Seolah-olah DAP akan memerintah. Teruk sangat ke DAP ini? AKu tak boleh komen banyak... Tapi gambar di bawah rasanya boleh menjawab!