Wednesday 28 November 2012

Kantoi Ahli UMNO Bukit Mertajam di tangkap khalwat dengan GRO

Ahli UMNO Bukit Mertajam

Harian Metro melaporkan;

BUKIT MERTAJAM: Walaupun sudah bertongkat dan berusia, seorang lelaki warga emas masih berselera dengan pucuk muda apabila dicekup ketika melanggan seorang pelayan pelanggan wanita (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Seri Maju, Taman Seri Maju, di sini, kelmarin.


Lelaki berusia 59 tahun itu dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 9.20 malam dalam satu operasi cegah maksiat diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.

Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil, seorang wanita berpakaian seksi ditemui bersama seorang lelaki dan didapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan mahram yang sah.

Menurutnya, bilik kecil itu diperbuat daripada kayu selain kain dijadikan tirai bagi memisahkan bilik lain.

Katanya, pemeriksaan kemudian mengesyaki berlakunya kegiatan tidak bermoral di dalam bilik berkenaan termasuk menemui dua tin minuman keras yang sudah dibuka di atas meja selain menemui satu tongkat milik lelaki warga emas berkenaan yang disandarkan di tepi meja dalam keadaan terlipat.

Daripada sumber yang sah lelaki yang ditangkap itu adalah ahli UMNO Bukit Mertajam dan selalu aktif hadir dalam program-program UMNO di sana.

Ketua Pemuda UMNO Bkt Mertajam, Sdr Fauzi Sharif  ditanya tidak dapat mengesahkannya pasal dia kurang rapat dengan golongan muda.


Tapi ada sumber berkata lelaki ini selalau dalam aktiviti Datuk Musa Sheikh Fadzir di Masjid Kg Baru , Alm.

No comments:

Post a Comment