Thursday, 26 May 2011

Makanan Makin Mahal di Terengganu?

Selalu makan di kedai Pak Awi Selera Asli, Kuala Terengganu. Sebelum ini harganya biasa aje. Tapi sekarang boleh dikatakan agak mahal. Tak pasti kenapa membuatkan saya macam tak nak lagi ke kedai makan ini.


Beberapa hari lepas Dato' Hj Rosol Wahid ADUN UMNO Ajil, Hulu Terengganu ada menulis dalam blognya tentang harga makanan yang mahal berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Tergelak, dan macam meludah pada diri sendiri sahaja tulisan berkenaan.

Paling lucu bila Dato' Rosol membuat cadangan dalam tulisannya untuk mengatasi masalah ini  dengan pasar borong pertanian di daerahnya. Mentaliti pemimpin UMNO kadang kala tak boleh pakai sangat, sekadar isi perut bolehlah!

Pegawai Pencegah Maksiat Dah Tak Ada Ke?

Artikel saya pasal Couple yang menjadi-jadi di Pantai Teluk Lipat, Dungun yang bertajuk Anak Siapa Ini juga dipertikaikan oleh beberapa orang pembaca. Hairan juga ada juga seolah-olah membela maksiat yang berlaku.

Aduan telah dibuat tentang perkara ini, hanya tindakan nampak macam lambat aje. InsyaAllah untuk lain kali saya akan sertakan nama mereka yang menerima aduan di dalam blog ini. Ya kita telus dan kita lihat siapa sebenarnya yang 'semacam menyokong maksiat'.
Ini gambar terbaru yang saya ambil 22 Mei lalu.



Wednesday, 25 May 2011

Pembinaan Masjid Di Waktu Gaji?

Tulisan lalu saya berkaitkan ada pengemis yang merepat sebelah kedai ADUN UMNO, ramai yang marah kononnya itu adalah cerita-cerita kosong. Gambar tak menipu, walaupun gambar boleh dimanipulasi.

Prihatin tentang rakyat bagi YB, terutama yang UMNO hampir zero. Mereka lebih kepada kroni dan kekayaan dalam istilah mudah dibahasakan "isi perut sahaja"

Hari ini, saya ambil lagi gambar ditempat yang sama. Pengemis sudah tidak ada, tapi Derma Tabung Masjid pula!!

Situasi ini menganggu keselesaan kita,
macam rasa bersalah kalau tak derma!


Friday, 20 May 2011

Pengemis, Penjual, Merempat?

Mengemis meminta pertolongan satu yang aib dalam masyarakat Islam kerana sistem kemasyarakatan Islam dibina untuk menghapus unsur-unsur ini. Dulu hamba abadi wujud, Islam tidak perlu Lincon yang menyebabkan perang saudara di AS untuk menghapuskannya. Islam membenarkan tapi akhirnya hamba boleh dihapuskan dalam sistem masyarakat Islam.

Begitu juga masyarakat yang miskin dan papa boleh dihapuskan jika benar-benar mengikut ajaran Islam. Tapi kalau ajaran Islam tidak dijadikan tunggak, sekadar mainan oleh penganut politik UMNO, Islam dihina dan masyarakat Islam pincang.


Monday, 16 May 2011

Menyelongkar Rumah Mona Fendy di Kuala Lumpur

Tahun 1994, 18 tahun lalu Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah binti Ismail yang berasal daripada Perlis telah dijatuhkan hukuman gantung atas tuduhan membunuh Adun Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.

Mona juga adalah seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan UMNO.

Banyak harta yang dia ini tipu dan salah satunya ialah sebuah Banglo di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


Bestari.comm dah jadi kandang kambing?


Bestari.Comm ditubuhkan kononnya untuk merealisasikan matlamat Kerajaan Negeri agar rakyatnya menjadi masyarakat yang berpengetahuan selaras dengan prinsip Islam Hadhari Terengganu Bestari. Dengan slogan Terangganu Depan kononnya negeri Terengganu akan maju kehadepan dalam hal-hal ICT.

Selain itu, penubuhan Bestari.Comm juga dikatakan untuk mengarap aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.


Bumper atau bonggol jalan


Dungun, dulu pekan sahaja tapi sekarang di istihar sebagai Majlis Perbandaran dengan kos merasmikannya hampir 3 juta. Ini semua kerja-kerja ahli politik.

Dalam hal politik semua boleh jadi, asalkan ada kemahuan dan keegoaan. Kepentingan sejagat bukan menjadi ukuran.

Sunday, 15 May 2011

Anak siapa ini?

Di Pantai Teluk Lipat Dungun, Jumaat 13 Mei 2011 jam 6.30 petang aku meronda-ronda pantai sekadar melihat keindahan alam ciptaan Illahi. Tapi telah tercemar dengan pemandangan yang tak sedap dilihat. Anak siapa ini?



Lensa untuk handphone berkamera

Jika anda mempunyai handphone kamera tapi tak cukup baik (canggih) untuk mengambil gambar jarak jauh, nah ambil ini lensa untuk handphone kamera anda. Tetapi Lensa yang mampunyai 6x fokus ini hanya boleh dipakai pada handphone nokia 6230 dan 6680.


Tips memilih handphone berkamera

Gambar Hiasan sahaja

Dalam memilih handphone berkamera, kebanyakan orang akan membuat rumusan mudah bahwa kamera yang baik dan menghasilkan foto berkualiti adalah kamera handphone dengan jumlah megapixel yang besar (misalnya 5 – 10 megapixel)

Sebenarnya bukan fakta angka megapixel pada kamera mempengaruhi kualiti sesuatu gambar, tapi banyk lagi faktor lain.





There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...