Sunday, 26 October 2014

Perkhidmatan Mesin ATM Bank Islam Dungun Amat Memalukan


Bila sebut Bank Islam, kita bayangkan suatu bank yang mengamalkan cara dan peradaban Islam dengan perkhidmatan yang baik dan sempurna. Jika ada cacat cela pula tidaklah sangat buruk kerana Islam menjadi asas bukan sahaja perilaku tapi nama. Jenama Islam jika digunakan tapi perangai buruk serta perkhimatan tidak mencerminkan Islam sangat memalukan malah boleh mengaibkan Islam.


Beberapa gambar yang saya ambil pada 26/10.2014 di laluan utama Bank Islam Cawangan Dungun yang memuatkan 4 ATM yang semuanya tidak berfungsi seolah-olah tiada penyelanggaran dilakuakan. Apakah Pengurus Bank Cawangan ini tidur dan tidak membuat sebarang post-morten? Tak pernahkan nak datang sekala sekala untuk melihat keadaan dan membuat pemantauan?


Bayang sekadar meletakkan notis "HARAP MAAF SISTEM SEDANG DISELANGGARA". Apakah ini alasan mesin rosak atau memang system rosak tak boleh dibaiki sehingga semua mesin rosak?


Mesin ini nampak macam boleh berfungsi tetapi tak boleh keluarkan duit. Segolong kertas untuk pecetakkan resit masih ada atas mesin seolah-olah terlupa ambil, sengaja tertinggal... bagi saya ini kerja yang cuai.


Sampah ada merata-rata, bank untung tetapi tak boleh gaji perkeja untuk sapu sehingga disetiap suduh sampah sarap merata-rata. Tong penuh pelanggan buang sampah pun dan tak masuk.

Saya cadangkan tukar pengurus baru untuk bank ini. Terima kasih.

2 comments:

  1. Kakitangan cam haram..aku ade dlm kot,,slambe j halau..ingt aku mri dekat..kalu xsbb tpkse byr yuran xdop thegeh aku g atm mg aa..name j bank islam..blagok,,ssh kn org yg sdia ad ssh..

    ReplyDelete
  2. ATM BIMB di cawangan lain ok jer aku pegi.

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...