Wednesday, 25 May 2011

Pembinaan Masjid Di Waktu Gaji?

Tulisan lalu saya berkaitkan ada pengemis yang merepat sebelah kedai ADUN UMNO, ramai yang marah kononnya itu adalah cerita-cerita kosong. Gambar tak menipu, walaupun gambar boleh dimanipulasi.

Prihatin tentang rakyat bagi YB, terutama yang UMNO hampir zero. Mereka lebih kepada kroni dan kekayaan dalam istilah mudah dibahasakan "isi perut sahaja"

Hari ini, saya ambil lagi gambar ditempat yang sama. Pengemis sudah tidak ada, tapi Derma Tabung Masjid pula!!

Situasi ini menganggu keselesaan kita,
macam rasa bersalah kalau tak derma!


Islamikkan!! Ya Islamik cara UMNO, Islam Hadhari.

Saya tak pertikaikan soal Pembinaan Masjid, tapi sebagai manusia, saya rasa pelik jika "Tabung Pembinaan Masjid" hanya wujud pada musim gaji sahaja. Kenapa, anda boleh berfikir sejenak untuk mencari sesuatu.

Apa yang UMNO Dungun buat?
Kenapa perkara seperti ini tidak ada semasa PAS memerintah walaupun singkat 4 tahun?
Semuanya sepatutnya ada jawapan.

Ini gambar pada hari yang sama di Bank CIMB. Takkan orang bertanggungjawab di Dungun khusunya UMNO Dungun tak boleh buat sesesuatu. Jadilah (hentilah) daripada menipu rakyat!

Semacam modus yang sama

Makanisme yang baik hanya mampu dikendalikan oleh pimpinan masyarakat yang benar-benar ikhlas dan faham tentang Islam bukan sekadar mengenyang isu perut.

1 comment:

  1. Terima kasih di atas usaha anda. Sekarang ni byk sgt org2 yg menipu atas nama kebajikan,secara tak langsung rumah kebajikan yg sebenar mndpt kesannya. Tp membela dan mendidik anak2 yatim yg kurang bernasib baik ini t'jwb segenap lapisan masyarakat,tp oleh krn masyarakat brsikap lepas tgn,maka tugas ini dipikul oleh rumah2 kebajikan. Masalahnya kami sebagai NGO amat mengharapkan sokongan dan sumbangan daripada masyarakat utk meneruskan operasi rumah kebajikan ini. Dah kerajaan tak membantu, jadi masyarakatlah yg kena bantu. Anak2 inipun sebahagian drpd masyarakat jg kan? Jika ada yg sudi membantu,boleh singgah kt (www.anakyatimsalimah.blogspot.com)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...