Friday, 8 July 2011

Derma untuk Pusat Kebajikan?

Gambar di atas di ambil pada pukul 5.30 petang Jumaat 8 Julai 2011.
Album gambar kanak-kanak Pusat Kebajikan dikepit bersama
.

Konsep kutip derma dari rumah ke rumah telah kian lama berlaku. Zaman dahulu orang yang datang ke rumah selalunya mereka yang benar-benar berhajat tapi sekarang dunia penipuan yang kian bercambah, kepercayaan kepada mereka yang datang ini makin pudar.

Hari ini ada satu kumpulan yang datang kononnya untuk mengutip derma untuk beberapa rumah kebajikan di Cheras, KL.

Mereka sanggup datang jauh semata-mata mendapatkan derma terutama membeli susu. Dengan gambar yang menyedihkan, terutama kanak-kanak cacat, cedera dan nteraniya pasti akan melinangkan air mata sesiapa yang melihat gambar daripada album yang di bawa.

Anda hanya memberi duit dan membeli susu yang dicadangkan oleh sukarelewaan ini. Mudahkan!!

Maaf kalau saya katakan saya tak percayai ini semua!

1 comment:

  1. PERTANYAN : Gambar ning kat mana.Kerana semalam pun datangi oleh orang yang berkenaan ketika keluar kereta kat 7 eleven dungun.

    ReplyDelete