Wednesday 2 May 2012

Selepas Bersih 3.0 UMNO dan MCA bertumbuk pula!!


Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Kian Sit Har meletak jawatan selepas terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, dekat sini, Sabtu lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, tindakan menyertai perhimpunan haram yang didalangi parti pembangkang itu juga membuktikan Kian seolah-olah menikam parti dari belakang.

“Beliau (Sit Har) patut letak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA. Jangan susahkan MCA dan BN. Sila beri peluang kepada muka baru,” katanya.

No comments:

Post a Comment