Saturday 3 May 2014

Pelancaran 'Blue Wave Team' UMNO Setiu hambar dan boring


25 April lalu aku ke Setiu untuk masuk geng BWT (Atau BWA.. Blue Wave Army pada awalnya nak lawan Read Bean Army DAP punya). Nak tahu macam mana dia orang bergerak.

Ramai pimpinan UMNO Setiu hadir antaranya ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee, Ahli Parlimen Setiu, Mohd Zulkifly Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor. Apa tak program makan memang tak ada yang miss.
 


 
Ketua Penerangan UMNO Setiu, Fahami Zakaria dalam ucapannya berkata selain itu ia juga menjadi medan penyaluran maklumat mengenai pelbagai aktiviti mengenai Barisan Nasional dan UMNO serta wakil-wakil rakyatnya BWA ini akan melawan dakyah pembangkang. 
 

Dalam sesi soal jawab ada peserta bertanya adakah mereka yang mendaftar hadir ini akan diberikan imbuhan. Jawapan yang diberikan ada UMNO telah memperuntukkan sebuah laptop atau seumpamanya serta wang saku.
 
 
 
 
 

Melihat pada muka yang hadir aku rasa gelap masa depan UMNO. Pitih habis kampong tergadai pasal yang datang bukan pengamal media social hard core, sekadar ada hanya akaun facebook dengan posting masakan atau kedai makan yang dilawati.

UMNO Setiu tak payahlah bangga dengan program ini kalau persiapan sekadar lepas batuk ditangga atau sekadar nak bagi laptop dan wang saku kepada krooni dan budak pejabat UMNO suruh mereka menyamar sebagai pengamal media social.

OrangMuda
http://lensahandphone.blogspot.com/

1 comment:

  1. org setiu baru nok belajor...baru letak batu asas..n jgn lupa setiu lubuk umno..walaubagaimana pun persiapan bagi menghadapi perang siber juga perlu...hidup umno setiu...

    ReplyDelete