Monday 12 September 2016

Kontraktor Buat Masjid Pun Main Tipu-tipu, Pihak Berwajib Buta Mata!


Beberapa hari lalu singgah di Masjid Al-Firdaus Kampung Alur Lik Setiu, Terengganu. Nampak binaan sangat cantik. Memang Terengganu terkenal dengan bangunan Masjid yang cantik. Tapi malangnya bangunan sahaja cantik tapi ahli jamaah yang bersolah tak secantik masjid.

Lagi malang kalau masjid dibina untuk 'kenyang'kan kroni.

Masjid ini kalau disebut dalam bahasa Terengganu 'Kontrator bahang pitih'. Rumah Allah pun dia orang khianat kerana nak kenyang 'tembolok'.








Setiap penjuru tiang masjid ini retak. Sebenarnya kalau mengikut saya masjid ini tidak selamat digunakan. Bagaimana boleh terjadi macam ini?











Tangga juga retak. Semu bahagian tangga retak. Adakah Majlis Agama Islam Terengganu buta mata dalam hal ini?



 Lantai juga retak.





 Siling yang bocor dan rosak kerana sistem saliran air tidak buat dengan baik.




 Bahagian atap juga merekah dan rosak.




Setiap tiang dalam masjid rosak.


Setiap pintu 'geleding' tak boleh ditutup dengan rapat.




Bangsal pun tile dipasang tidak rata serta pecah.

Keseluruh masjid ini rosak. Maksud saya semua bahagian pada masjid ini tidak sempurna. Saya tak tahu bagaimana masjid ini boleh lulus. Siapa makan duit, siapa tutup mata dan siapa buat kerja bodoh dengan Allah pun mereka nak main tipu.



Sila lawat lama saya
http://lensahandphone.blogspot.com

No comments:

Post a Comment