Saturday 23 February 2013

UMNO Terengganu seleweng Tanah TOL Felda pemberian PAS

Bukan seorang atau dua orang yang tertipu, jumlahnya 1,080 peserta tanah rancangan Felda telah ditipu oleh kerajaan UMNO BN selepas mengambil alih kerajaan daripada PAS. Semasa PAS memerintah satu usaha telah dilakukan untuk memastikan peneroka memiliki tanah sendiri.

Geran TOL untuk peserta RTB Kawasan Beril, Mukim Kuala Paka dimana temuduga untuk peserta RTB berkenaan diadakan di Pejabat ADUN Paka, pada 1 Julai 2002.




Majlis penyampaian surat kelulusan dan undi lot RTB itu diadakan pada 11 Mac 2004 di Tebing Tembah, Paka. Peneroka telah diberikan lot tanah  pada masa itu oleh Pejabat Tanah Negeri sendiri dengan suat rasmi Pejabat Tanah. Hairan bin Ajaib selepas sahaja UMNO BN ambil alih pemerintahan, lot-lot tanah itu telah hilang. Dipercayai didalangi oleh UMNO Dungun.

Antara yang mengecam sikap UMNO Dungun (Terengganu) kerana meneyeleweng tahah rakyat
Cara rampasan tanah ini sama seperti berlaku di tempat lain di Terengganu. Menurut Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara, bayaran Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk RTB Malah sebahagian besar peneroka telah membayar wang LMS ini tetapi bukan sahaja Lot Tanah hilang wang peneroka juga dikebas oleh UMNO Terengganu.

Lot Tanah sudah diberikan
Pihak peneroka termasuk JKK UMNO sendiri telah membuat aduan kepada pihak polis dalam hal ini. Dalam laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa, Mohamad Rosdi Fauzi pada 22 Februari 2013 di Balai Polis Ketengah Jaya mencatatkan, majlis undi lot peserta RTB Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya.

No comments:

Post a Comment