Seorang buruh kasar menggunakan ayat-ayat manis dikirim yang melalui 
SMS untuk memperdaya seorang pelajar perempuan sebelum menculik dan 
memperkosanya.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, suspek menghantar SMS kononnya mahu
 menghantar mangsa ke sekolah di Tanjung Tualang, sebelum mengheret 
mangsa masuk ke dalam keretanya.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul
 Latif berkata, mangsa yang berusia 16 tahun didakwa menerima SMS 
daripada suspek yang menawarkan diri untuk menghantarnya ke sekolah 
bersama seorang lagi rakan sekolah mangsa, tetapi apabila sampai di 
tempat dijanjikan, mangsa curiga apabila mendapati rakannya tiada.
“Mangsa yang menolak permintaan suspek ditarik masuk ke dalam kenderaan itu sebelum dibawa ke rumah suspek,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang dipaksa masuk ke dalam rumah dipujuk melakukan hubungan seks.
“Suspek mendesak dengan menarik tangan mangsa ke dalam bilik lalu 
menolak mangsa ke katil sebelum memaksa melakukan hubungan seks. Mangsa 
cuba melawan suspek namun gagal,” katanya.
Beliau berkata, suspek menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum remaja terbabit menceritakan kejadian kepada teman lelakinya.
“Bimbang dengan kejadian itu, teman lelaki mangsa memaklumkan 
kejadian itu kepada keluarga mangsa sebelum membuat laporan polis,” 
katanya.
Shaharon berkata, pihaknya menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menjalani pemeriksaan doktor.
“Susulan itu, polis menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek 
berusia 35 tahun. Suspek dikenal pasti bekerja sebagai buruh kasar dan 
menetap di Kampung Timah, Tanjung Tualang,” katanya.

No comments:
Post a Comment