Friday, 27 September 2013

Kedai Sup Tulang Dekat Telekom Dungun Cekik Darah


Hari itu ibu saya nak makan sup. Saya ke kedai SUP TULANG berhadapan dengan ibu pejabat Telekom Dungun. Orang kata di situ supnya ok. Saya buat pesanan seorang makan. Saya minta masukkan sekali seafood, maksud saya udang dan sotong selain daripada tulang.

Harga normal sup tulang ialah RM6.00 kalau tulang spesial RM8.00.

Bila saya nak bayar saya tanya harga dia kata RM25. Saya tanya sekali untuk seorang makan. Dia orang kata RM25 pasal ada udang dan sotong. Saya pun bayar.

Bila balik rumah saya asingkan nak lihat apa yang mahal sangat.



Hasilnya ialah:
2 ketul tulang
2 ketul ekor
2 ekor udang
Sotong rasanya tak sampai seekor.
Beberapa hirisan daging
Sedikit ayam

3 karong aku sumpah tokey kedai SUP TULANG ni. kalau nak kaya pun jangan buat macam ni. Sampai hari ini nak lihat kedainya pun aku malas menginggatkan saya tentang nilai sup sebungkus RM25.

1 comment:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...