Saturday, 9 July 2016

Bawa anak-anak ke Masjid dan Surau


Ini contoh masjid yang aktif. AJKnya patut dicontohi kerana membuat inisiatif bagi mengalakkan ibubapa membawa anak-anak ke masjid atau surau bagi membantu perkembangan anak-anak untuk memhami agama dengan lebih baik.

Saya ambil petikan tulisan ajimantu berkenaan hukum membawa anak-anak ke masjid atau surau untuk panduan kita bersama.

Seringkali timbul persoalan...mengapa pihak surau/masjid sering memisahkan anak dengan bapa? sehinggakan timbul soal tidak puas hati dikalangan jemaah yang membawa anak-anak ke surau/masjid.

Banyak hadith sahih menceritakan tentang budaya kanak-kanak bersolat di masjid dan menggambarkan kepada kita betapa kanak-kanak itu sepatutnya diraikan di masjid. Tidak perlu wujud diskriminasi antara kanak-kanak dan orang dewasa, sehingga mahu dipaksa kanak-kanak itu berpisah saf solat dengan bapanya. Justeru hukum membawa kanak-kanak ini sebenarnya adalah sunat dan digalakkan. Bagaimanapun, keadaan itu berubah-ubah mengikut situasi.



 "Jadikan dibelakangku mereka yang kalangan kamu yang alim dan matang" [Hadith Riwayat Muslim, #432]

Syeikh Ibn Baaz rh semasa menjelaskan hadith ini mengatakan bahawa ini bermakna orang yang alim dan matang digalakkan datang awal dan melakukan solat dihadapan jemaah-jemaah lain [1]. Hadith ini tidak menunjukkan larangan kepada kanak-kanak untuk duduk di saf awal.

Malah Imam al-Nawawi rh. juga menjelaskan bahawa adalah mustahab bagi seorang kanak-kanak berdiri diantara dua orang dewasa agar dia dapat mempelajari pergerakan solat dari mereka. [2]. al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani menjelaskan bahawa Ibn Abbas bersama-sama dengan jemaah bersolat jenazahHsemasa Nabi :saw melakukan Haji Wadaa' sedangkan beliau belum baligh.

Peristiwa diatas ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak dilarang berada di saf hadapan.

Bagaimana pula dalam situasi kanak-kanak yang berada di saf hadapan itu dipindahkan kepada saf yang ke belakang? Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh mengatakan bahawa perbuatan ini menyalahi hadith sahih dimana Abdullah bin Umar ra, meriwayatkan bahawa Nabi :saw bersabda :-






"Tidak boleh seorang lelaki menyuruh seorang lelaki yang lain berdiri dari tempat duduknya, kemudian dia pun duduk (menggantikannya) ditempatnya" [Hadith Sahih Riwayat al-Bukhari, al-Jaami' al-Sahih, no: 6269].

Syiekh bin Baaz rh [1] menegaskan bahawa jika kanak-kanak itu telah duduk disaf dapan, mereka tidak boleh dipindahkan ke saf yang yang belakang, dan makmum tersebut pula menggantikan tempat mereka. Adalah menjadi hak kepada sesiapa saja yang sampai awal untuk duduk disaf yang hadapan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh. [3] mengatakan bahawa pandangan mengalihkan kanak-kanak yang telah duduk di saf awal perlu dikaji semula. Beliau berpandangan bahawa kanak-kanak pergi awal ke masjid dan duduk di saf yang awal perlulah dihargai perbuatan mereka. Mereka mempunyai hak untuk duduk dimana-mana ruang yang dibenarkan didalam masjid.

Kedua-dua Syiekh ini menyatakan beberapa implikasi kepada perbuatan mengalihkan kanak-kanak ini, berkemungkinan akan mengakibatkan perkara dibawah ini :-

  • Kanak-kanak akan patah semangat untuk pergi ke masjid
  • Kanak-kanak akan membenci orang yang memindahkan mereka. Ibn Utsaimin mengatakan bahawa kanak-kanak ini akan ingat peristiwa yang berlaku keatas mereka.
  • Perbuatan ini juga akan menjejaskan semangat berlumba-lumba untuk pergi ke masjid.
  • Ibn Utsaimin menyatakan bahawa jika kanak-kanak yang di tempatkan di bahagian belakang, ada kemungkinan juga mereka akan bermain-main dan membuat bising kerana tiada orang dewasa disebelahnya. 


  • Soal Hukum

    1- Sunat ; kiranya dapat mendidik mereka menjiwai solat berjemaah dan menyukai masjid sebagai pusat ukhwah dalam  masyarakat.

    2- Harus ; kiranya mereka sudah mumayyiz, tidak mencetus gangguan dan boleh dikawal.

    3- Makruh, bahkan Haram ; kiranya mereka boleh mengganggu jemaah yang sedang solat, mencetus kekacauan dan menimbulkan fitnah serta perbalahan sesama ahli jemaah.

    Masih banyak masjid yang terlalu keras dengan kanak-kanak, sehinggakan pantang melihat kanak-kanak solat di dalam saf dewasa. Alasan tidak suci dan dalil-dalil pemisahan saf yang tidak tepat, dimomokkan kepada kanak-kanak untuk mereka menjauhi saf dewasa. Dalam masa yang sama, pihak masjid enggan mengambil tanggungjawab maksima untuk mengawal kanak-kanak yang hadir.

    Harapan aku kalau nak dikhaskan saf untuk mereka sekalipun, pastikan hanya untuk kanak-kanak yang betol-betol tak boleh dijaga jerk.Sebaliknya kanak-kanak yang pendiam, tidak buat bising, janganlah dihalang untuk bersolat bersama bapa mereka.

    Tidak ada larangan bagi kanak-kanak untuk duduk di saf awal. Kanak-kanak yang telah duduk di saf awal, tidak boleh dipindahkan ke saf yang belakang. Bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka berdisplin semasa membawa mereka ke masjid. Diharap pihak-pihak surau dan masjid dapat mengambil kira pandangan-pandangan yang membenarkan kanak-kanak dibawah umur ini bersolat di saf-saf yang awal.

    No comments:

    Post a Comment

    There was an error in this gadget
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...