Saturday 9 July 2016

Kefahaman Masyarakat Bukan Islam Tentang Rasuah Masih Rendah


Facebook saya terpapar komen Nga Kor Ming berkenaan dengan pemberian duit raya yang dipostkan oleh kawan-kawan di kalangan parti AMANAH. Saya cuba mendapat kesahihan banner yang dihantar dengan ucapan yang disebutkan.

Semalam beberapa akhbar telah membuat pemberitaan yang silap mengenai ucapan Presiden PAS perihal saksi rasuah.

Hari ini masyarakat bukan Islam cuba membandingkan pemberian duit raya oleh pemerintah sebagai rasuah. Mungkin kita boleh bersetuju bahawa kerajaan menjadikan wang raya sebagai menambat hati.

Menghukum duit raya sebagai 'rasuah' oleh sestengah pimpinan bukan Islam menunjukkan kefahaman Islam mereka masih dangkal.

Sepatutnya pimpinan Islam bersama mereka membetulkan perkara ini.

Sangat celupar dan perkara ini sudah menjadi-jadi apabila masyarakat bukan Islam berani membuat komen tentang umat Islam termasuk menghalang RUU 355.

Perbuatan mereka berani kerana mereka selesa wujud orang Islam bersama mereka yang membiarkan keceluparan ini berlaku. Malang jika ada pimpinan Islam menjadi alat untuk umat Islam di hina di negara kita.

No comments:

Post a Comment