Saturday 27 August 2016

Klinik memberi ubat tidak mengikut sukatan umur


Di Dungun klinik swasta tumbuh macam cendawan. Makin hari makin banyak dan perkembangan ini baik kerana menunjukkan masyarakat di Dungun sudah maju dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan untuk menyediakan kemudahan ini.

Di Dungun perkhimatan kesihatan dan hospital kerajaan sangat baik (bukan nak mengampu tapi memang baik) tapi hanya hospitalnya masih kecil dan tidak mempunyai peralatan yang baik. Hospital baru dijankakan siap pada tahun 2019 diketogerikan pembinaan yang sangat lembap.

Hanya malangnya klinik yang banyak bersifat menjual ubat bukan untuk memberikan perkhimatan. Menjual ubat mahal dengan tujuan untuk baik cepat. Memberikan ubat melebihi dos yang sebenarnya juga adalah fenomena yang berlaku di klinik swasta di Dungun.

Malah ada klinik yang kebetulan anak saudara saya pergi mendapat rawatan memberikan ubat yang menyebabkan elegik dan bila pergi sekali lagi dia berikan ubat lain dan cucuk... semuanya kena bayar sedangkan doktor klinik berkenaan memberikan ubat tanpa membuat pemeriksaan secara sempurna.




Tolong hentikan daripada bekerja sambil lewa tanpa sebarang pemeriksaan yang teliti. Nyawa manusia bukan barang maianan. Jangan pandang keuntungan semata-mata.

4 comments: